Akibat Maut Hitam di England

Kesan ekonomi, masyarakat dan politik

Antara kesan ketara Maut Hitam di England adalah kekurangan buruh ladang, dan akibatnya kenaikan gaji. Pandangan dunia zaman pertengahan gagal menafsirkan perubahan ini dari segi perkembangan sosial-ekonomi, dan ia menjadi kebiasaan bagi menyalahkan keadaan ini sebagai kemerosotan moral.[72] Kelas pemilik tanah melihat kenaikan tahap gaji sebagai kekacauan sosial dan melanggar arahan, dan bertindak balas dengan peras ugut. Pada tahun 1349, Raja Edward III meluluskan Akta Buruh "Ordinance of Labourers", menetapkan gaji pada tahap sebelum wabak. Akta ini dikuat kuasakan oleg parlimen yang meluluskan Statut Buruh 1351.[73] Undang-undang buruh dilaksanakan dengan tegas pada dekad berikutnya.[74]

Pemberontakan Petani: pemimpin pemberontakan Wat Tyler terbunuh disebelah kiri, sementara Richard II dari England yang belia menenangkan orang ramai di sebelah kanan.

Langkah perundangan ini terbukti tidak berkesan bagi mentadbir pasaran, tetapi langkah balas kerajaan bagi melaksanakannya mencetus kebencian awam.[75] Keadaan ini menyumbang kepada Pemberontakan Petani pada 1381. Pemberontakan ini bermula di Kent dan Essex pada akhir May, dan sebaik sahaja pemberontak sampai ke London mereka membakar Istana Savoy, John of Gaunt, dan membunuh kedua-dua Lord Chancellor dan Lord High Treasurer. Mereka kemudiannya menuntut penghapusan sepenuhnya perhambaan, dan tidak dapat ditenangkan sehingga Raja Richard II dari England yang masih belia campur tangan secara peribadi.[76] Pemberontakan ini dihapuskan akhirnya, tetapi perubahan sosial yang telahpun dikemukakannya tidak lagi dapat ditarik kembali. Menjelang tahun 1400 perhambaan hampir pupus di England, digantikan dengan tempoh yang dikenali sebagai "copyhold".[77]

Ia adalah jelas bagaimana kerajaan Inggeris mengendalikan krisis pada pertengahan abad ke empat belas tanpa menjadi huru-hara dan runtuh sepenuhnya sebagaimana kerajaan House of Valois dari Perancis.[78] Sebahagian besarnya ini merupakan pencapaian pentadbir seperti Bangsawan Tinggi Perbendaharaan ("Lord High Treasurer") William de Shareshull dan Bangsawaan Ketua Keadilan England dan Bangsawan Ketua Keadilan Wales, William Edington yang dengan kemahiran kepimpinannya memimpin kerajaan negara melepasi krisis tersebut.[78] Kesan wabak terbesar pada kerajaan kemungkinannya di medan perang, di mana tiada kempen utama dilancarkan di Perancis sehingga 1355.[79]

Satu lagi kesan besar Maut Hitam adalah peningkatan gaji sebenar di England (akibat kekurangan buruh kerana pengurangan penduduk), kecenderungan yang dikongsi di serata Europah Barat, yang secara umum meningkatkan gaji sebenar pada tahun 1450 yang tidak ditandingi dikebanyakan negara sehingga abad ke-19 atau ke-20.[80]

Kesan keugamaan dan budaya

Kehadiran maut yang sentiasa dekat mendorong golongan atasan lebih taat, yang boleh dilihat bahawa tiga kolej Universiti Cambridge diasaskan semasa atau sejurus selepas Maut Hitam.[81] England tidak mengalami trend kumpulan flagellants, common on the continent.[82] Juga tidak terdapat sebarang pogrom menentang Yahudi, kerana semua Yahudi telah disingkirkan oleh Edward I dari England pada tahun 1290.[82] Dalam jangka panjang, bagaimanapun dalam jangka panjang peningkatan penyertaan awam mungkin bertindak mencabar kuasa mutlak hireki gereja, dan dengan itu kemungkinannya meletakkan dasar bagi Refomasi Protestan.[petikan diperlukan]

Kadar kematian yang tinggi dikalangan paderi mendorong kepada kekurangan paderi dikebanyakan tempat di negara.[69] Paderi lihat sebagai memiliki taraf lebih tinggi dikalangan orang biasa dan ini sebahagiannya disebabkan mereka hampir dengan tuhan, sebagai wakilnya di dunia. Bagaimanapun, kerana gereja itu sendiri memberikan punca Maut Hitam disebabkan kelakuan tidak senonoh manusia, kadar kematian yang lebih tinggi dikalangan paderi mendorong orang awam kehilangan keyakinan pada Gereja sebagai institusi - ia terbukti tidak berkesan menentang ketakutan terhadap Y. Pestis sebagaimana institusi zaman pertengahan yang lain. Tetapi mereka tidak kehilangan kepercayaan Kristian mereka, malah ia diperbaharui; mereka mula meninginkan hubungan peribadi dengan tuhan - sekitar masa selepas Maut Hitam banyak Chantries (private chapels) mula tersebar penggunaannya bukan sahaja dikalangan bangsawaan, tetapi juga dikalangan golongan kaya.[83] Perubahan mengenai kuasa Paus di England digambarkan dalam statut Praemunire.

Maut Hitanm turut memiliki kesan besar pada kesenian dan kebudayaan. Ia tidak dapat dielakkan bahawa matapetaka sehebat itu dari memberi kesan pada projek pembinaan yang besar, kerana bilangan buruh yang ada merosot dengan banyaknya. Pembinaan bangunan Kathedral Ely dan Kathedral Exeter terhenti pada tahun sejurus selepas wabak pertama meletus.[84] Kekurangan pekerja juga membantu peralihan dari bangunan hiasan seni bina Gothik Inggeris kepada seni bina Serenjang Gothik yang kurang berhias.[85] Maut Hitam juga mungkin mendorong kegunaan bahasa Inggeris vernakular, kerana bilangan guru mahir dalam bahasa Perancis berkurangan. Ini, sebaliknya mungkin menyumbang kepada perkembangan kesusteraan Inggeris pada akhir abad ke-empat belas, yang diwakili oleh penulis seperti Geoffrey Chaucer dan John Gower.[86]